Wednesday 7 December 2011

 
Penjodoh Bilangan数量词



 
Biji 粒;个
(用来计算果实和圆的物件)
Ciku         人心果
Durian    榴莲
Manggis  山竹
Nanas   黄梨
Bola         
Pinggan   碟子
Telur       

Ekor  只;头;匹;条
(用来计算禽兽、鱼类、鸟类和昆虫
Ayam       
Burung     小鸟
Cicak       壁虎
Gajah      大象
Ikan        
Keldai      驴子
Kembang     甲虫

Buku 捆;团;块
(用来计算块状的物件)
Benang        线
Roti         面包
Sabun      肥皂

Pucuk 枝;把;枚;封
(用来计算枪械、针和信件)
Pistol     手枪
Senapang 
Jarum    
Surat     
Bilah ;枝
(用来计算尖而锋利的物件)
Garpu            
Gergaji          锯子
Gunting         剪刀
Pisau             
Sabit             镰刀
Ketul 块;团
(用来计算实心块状的物件)
Arang      
Batu      石头
Daging    
Helai 件;根;片;张;条
(用来计算平宽、薄而软的物件)
Baju       衣服
Daun      叶子
Kertas     纸张
Seluar           裤子

Sunday 27 November 2011


Latihan 4 Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (    /10)
1.   Saya tidak terbaca buku cerita yang _______________ itu.
2.   Air sungai itu _____________ pada musim kemarau.
3.   Budak _______________itu termakan empat pinggan nasi setiap hari.
4.    Pelajar yang ______________ itu selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas
     saya .
5.   Yong Seng berasa _______________setelah makan dua keeping roti canai.
6.    Pak Eng Huat menggunakan galah yang ______________ untuk menjolok buah
     rambutan.
7.    Pokok kelapa tinggi tetapi pokok pisang __________________.
8.    Jalan yang menuju ke Genting Highlands ___________________.
9.    Tulisan ketua darjah saya ________________dan senang dibaca.
10. Rumah Puan Siti ________________ tetapi selesa.
Kata Adjektif 形容词

Sifat Cara, Ukuran, Pancaindera, Bentuk, Perasaan Dan Waktu
性质、方法、度量、五觉、形状、感觉、时间

Dalam       x      Cetek
Gemuk     x      Kurus
Kenyang    x      Lapar饿
Panjang    x      Pendek
Cantik美丽    x     Buruk难看
Bengkok弯曲  x      Lurus
Tebal       x      Nipis
Tinngi      x      Rendah
Besar       x      Kecil
Pandai聪明   x      Bodoh

Hikayat Sang Kancil dan Buaya


Marilah  Bercerita 

Sang Kancil Dengan Buaya 

   Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Saturday 26 November 2011


Latian 3Kata Adjetif 


Isi tempat kosong dengan adjektif warna yang sesuai.   (      /10)
1.      Kulit buah manggis berwarna ______________.
2.     Uniform ahli pengakap berwarna ____________.
3.     Isi buah durian berwarna _________________.
4.     Kulit pisang yang mentah berwarna ______________.
5.     Kulit buah ciku berwarna _______________.
6.     Kulit buah betik yang masak berwarna _______________.
7.     Murid lelaki sekolah rendah memakai baju ______________dan berseluar ____________ke sekolah.
8.     Rambut Sin Yee panjang dan _________________berkilat.
9.     Kenderaan berhenti apababila lampu isyarat berwarna ___________.
10.      Darah kita berwarna ________________.

                 Kata Adjektif 形容词
                                         
                     Warna 颜色

Hitam 黑色

Ungu 紫色   
Putih白色
Jingga橙色
Biru 蓝色

Hijau 青色
Kuning 黄色 





Merah 红色 
                      

Kata Nama


Latian 2 Kata Nama Khas



Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai. (     /15)

 
Rolex
Si Putih
Sungai Klang
Tahun Baru Cina
Wanita
Cikgu Siti
Kuala Lumpur
Hospital Selayang
Adidas
Terengganu
Proton Perdana
Tahun Dua Merah
Kuantan
Taman Desa
Pulau Langkawi


1.     Puan Mariam berasal dari _______________.
2.     _________________mengajar kami Bahasa Malaysia.
3.     Arnab kesayangan adik saya bernama _________________.
4.     ___________________ ialah sebuah pulau yang cantik.
5.     Kereta ___________________ ialah kereta buatan Malaysia.
6.     Doktor Ooi bertugas di _________________.
7.     Murid-murid __________________telah membersihkan bilik darjah mereka.
8.     Jiran saya telah berpindah ke __________________.
9.     Negeri ___________________terletak  di pantai timur Semenanjung Malaysia.
10. Adik saya hendak membeli kasut jenama _____________________.
11.  Kakak suka membaca majalah ___________________.
12. Orang ramai tidak boleh menangkap ikan di __________________.
13.  Bapa saya suka akan tangan _____________________itu.
14.    __________________ ialah ibu kota Malaysia.
15.  Ai Wee mendapat banyak angpau pada _____________________.




Latihan 1 : Kata Nama Am



Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai


durian
basikal
murid
bomba
payung
bunga
dewan
rusa
singki
nelayan
kantin
burung
lembu
pasar
akuarium

1.         Duri ________________sangat tajam.
2.        ________________terbang di udara.
3.        Tanduk _______________sangat cantik.
4.        _______________menangkap ikan di laut.
5.        Kakak memakai ______________semasa hujan.
6.        John menunggang______________ ke sekolah setiap hari.
7.        Murid-murid beratur di _____________ untuk membeli makanan.
8.        Emak memasukkan pinggan mangkuk yang kotor ke dalam _____________.
9.        Emak membeli sayur di ________________.
10.  Mereka sedang bermain badminton di dalam _______________.